Thursday, 12 August 2010

KELAH SUNGAI LANGAT


Berapa lama lagi kelah di Sg.Langat mampu bertahan.....dengan masalah pencemaran sungai, aktiviti korek pasir, aktiviti memancing yang tak terlawal dan juga aktiviti tuba yang masih lagi berlaku.....

Friday, 9 July 2010

SEMAK SAMAN ONLINE(RILEKS)

Selain MYEG boleh cuba RILEK...mari bayar saman...bayarlah saman untuk negara....saman mendidik kita bukan untuk membebankan kita.Klik di sini..

Wednesday, 30 June 2010

KELAH TERCANTIK DI MALAYSIA

Negeri manakah yang mempunyai kelah yang tercantik?Orang kata Terengganu....betul tak betul wallahua'lam.Tapi pengalaman aku bela ikan kelah ni, semua ni bergantung pada warna air.Sebab aku pernah dapat ikan kelah merah dan bela , tapi akhir jadi warna biasa aje...
Kita tengok air kat taman negara, kalau hujan lebatpun dia tak keroh tapi jadi warna kemerahan disebabkan air yang bercampur dengan daun-daun gugur di lantai hutan.Jadi ikan kelah menjadi Merah.Apabila terdapat jalan lori-lori balak, apabila hujan air menjadi keroh, jadi ia mempengaruhi warna ikan kelah menjadi kuning keemasan.Ini pendapat aku saje....

Tuesday, 3 February 2009

MEMANCING HANYA HOBI


Memancing adalah hanya sebagai hobi semata-mata.Atas dasar itulah kalau tak dapat ikanpun taklah terasa sangat.Kalau nak ikan banyak baik jadi nelayan..

Tapi Alhamdulillah sejak aku memancing dapat la juga walau tak berbaloi..

Tuuu...laa...hobi memancing banyak mengajar erti kesabaran.

Monday, 12 January 2009

SIAKAP..KALAU DAH REZEKI



Siapa sangka anak ikan tanda yang ditarik disambar pula oleh ikan siakap...3 kilo lebih ni...Tu la kalau dah nak jadi rezeki tapi kalau dah bukan rezeki kita yang dah ditangkappun boleh terlepas..

Thursday, 27 November 2008

KELAH MERAH(MAHSEER)

Ikan kelah(Mahseer)Ekuarium Stesyen Keretapi Gua Musang.